Kharisma Pictures

Kharisma Pictures Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan televisyen Malaysia, mengkhususkan dalam penerbitan siri animasi dan rancangan TV kanak-kanak. Ditubuhkan pada September 1993 dan diterajui oleh Mohd Othman Yusof, Kamn Ismail dan Michael Lum, syarikat ini terkenal dengan menerbitkan siri animasi TV pertama negara, Usop Sontorian, yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1996 hingga 1998.[1]Kharisma Pictures pernah merancang untuk menerbitkan sebuah filem adaptasi siri animasi ini, namun tidak menjadi kenyataan. Syarikat ini ditutup pada Mac 1997 susulan tamatnya Usop Sontorian dan kebanyakan wargakerjanya menjadi kartunis sepenuh masa di majalah Ujang dan Apo? terbitan Kharisma Publications (kemudian dinamakan MOY Publications) dan selebih lagi bekerja di syarikat animasi lain.[1]Logo Kharisma Pictures memaparkan seekor ayam jantan bernama Selebet yang kelihatan menjeling memikirkan sesuatu, yang mana logo ini sering kelihatan pada permulaan setiap episod Usop Sontorian. Manakala, satu lagi logo syarikat ini memaparkan lakaran stensil seekor ayam yang mana ia sering kelihatan pada penghujung setiap episod siri animasi ini. Kedua-dua logo Kharisma Pictures direkabentuk oleh salah seorang animator Usop Sontorian, Ameir Hamzah Hashim.

Kharisma Pictures

Industri Animasi
Induk Kumpulan Syarikat Kharisma
Tokoh penting
Ibu pejabat Subang Jaya, Selangor
Ditubuhkan 1 September 1993
Dibubarkan 31 Mac 1997